suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan Ditangan Saya - Conte

PENGURUS Chelsea menegaskan bukan dia yang mengawal perpindahan pemain.

Antonio Conte terasa terkesan dengan situasi terbaharu kelab yang tersingkir daripada saingan separuh akhir Piala Liga selepas tewas 2-1 kepada Arsenal awal pagi Khamis.

Conte menjelaskan pemain-pemainnya berada dalam tekanan apabila ramai yang mengalami kecederaan selain tidak gembira dengan aktiviti perpindahan pemain.

"Saya tidak ada kesan besar dalam pasaran pemindahan pemain. Hanya kelab yang memutuskan dalam setiap pemain," jelasnya.

Selain itu, Chelsea sebelum ini dikaitkan dengan penyerang AS Roma, Edin Dzeko.

Malah The Blues juga dilaporkan mahu Andy Caroll, Ashley Barnes.

"Saya tidak suka bercakap mengenai pasaran perpindahan pemain. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, kelab yang membuat keputusan," katanya.

Antonio Conte, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Van Marwijk Latih Australia

Artikel Lain