suria

Real Madrid Buka Pintu Keluar Untuk Ronaldo

Cristiano Ronaldo. -fotoAFP

REAL Madrid dilaporkan memberitahu pemain bintang Cristiano Ronaldo bahawa dia bebas meninggalkan kelab pada akhir musim.

Spekulasi mengenai masa depan pemenang Ballon d'Or selama lima kali itu hebat diperkatakan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan Ronaldo ternyata kecewa dengan prestasi Real di padang dan masih terkesan dengan tuduhan penggelapan cukai tahun lalu oleh pihak berkuasa Sepanyol.

Bekas pemain Manchester United ini telah lama dikaitkan untuk membuat pusingan U ke kelab lamanya.

Dia meningalkan Old Trafford untuk mencatatkan rekod pada harga £80 juta, tahun 2009.

Red Devils dikatakan berminat dengannya tetapi mereka dilaporkan perlu bersaing untuk mendapatkan tandatangannya dari kelab Ligue 1 Paris Saint-Germain, yang mungkin dapat menunaikan permintaan gaji Ronaldo dan cita-citanya di padang.

Yahoo Sport mendakwa bahawa presiden kelab, Florentino Perez telah memberitahu Ronaldo bahawa dia bebas mencari jalan keluar dari kelab itu di tengah-tengah laporan bahawa hubungan mereka tidak baik.

Walau bagaimanapun, Real masih akan menuntut bayaran pemindahan yang tinggi, sekurang-kurangnya £100 juta untuk penyerang itu, yang telah menjaringkan 424 gol dalam hanya 419 penampilan untuk kelab itu dalam semua pertandingan.

Cristiano Ronaldo, pindah kelab

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain