suria

Ozil Tidak Akan Tinggalkan Arsenal, Tapi...

MESUT Ozil tidak akan meninggalkan Arsenal pada Januari ini kerana ia dianggap tempoh yang sukar buat kelab itu, menurut Arsene Wenger.

Pemain kelahiran Jerman itu akan tamat kontrak pada akhir musim ini dan dibenarkan berbincang dengan kelab luar pada Januari serta meninggalkan Arsenal dengan bebas pada musim panas.

Wenger mengesahkan perpindahan Alexis Sanchez ke Manchester United 'mungkin berlaku', tetapi bos Arsenal berkeras bahawa Ozil akan kekal di Emirates sehingga akhir musim ini.

Ketika ditanya sama ada pemain berusia 29 tahun itu masih berada di kelab pada bulan Februari, Wenger menjawab: "Ya, tentu saja."

Manakala, ketika ditanya sama ada dia boleh berpindah kelab pada bulan ini, Wenger hanya berkata: "Tidak."

Jurulatih berbangsa Perancis itu mengesahkan Ozil "harus kembali" untuk perlawanan Sabtu ini di laman sendiri selepas mengalami kecederaan lutut yang menghalangnya untuk beraksi sejak perlawanan Arsenal seri 2-2 di laman Chelsea.

Jack Wilshere adalah pemain lain daripada kontrak musim panas ini tetapi Wenger mendedahkan tidak ada kemajuan dalam perjanjian baharu untuk pemain tengah England itu.

"Kami tahu apa yang kami mahukan. Kami mahu dia tinggal di sini dan melanjutkan kontrak selepas itu. Kami perlu mengetahui sama ada dia mahu kekal dan selepas itu kami perlu mencari persetujuan kewangan yang memuaskan dengan Jack. Itulah yang kami cuba lakukan," kata Wenger. - Skysports

Mezut Ozil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cari Sahaja Venue Lain!

Artikel Lain