suria

Teman Wanita Jual Kasut, Baju Terpakai Luke Shaw

TEMAN wanita bintang Manchester United, Luke Shaw menjual baju dan kasut lama pasangannya melalui jualan secara dalam talian.

Menerusi jualan itu, Anouska menjual jumper terpakai dan kasut getah terpakai pemain England dengan bayaran sebanyak £130,000 seminggu itu.

Menggunakan laman web Depop, wanita itu menjual pelbagai item termasuk kemenja-t rekaan Marcelo Burlon pada £45.

Item lain yang tersenarai adalah sepasang kasut getah Selfridges berharga £675 yang ditawrkan pada £225 dan kasut Valentino pada £125.

Anouska juga dianggap sebagai penjual yang boleh dipercayai dalam kalangan 263 pengikutnya, bagaimanapun laman web itu telah ditutup.

Sebelum ini, pasangan itu dilihat bersama pada majlis makan malam Unicef, November lalu.

Kedua-duanya juga dilihat memilih cicin pertunangan sehari sebelum Krismas di Pusat Manchester Trafford.


Luke Shaw, Anouska

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain