suria

Conte Beri Alasan Pemain Penat

KEPENATAN diletakkan sebagai punca utama pasukan Chelsea hanya sekadar seri 0-0 ketika menentang Leicester di Stamford Bridge.

Selepas berdepan Arsenal pada separuh akhir Piala Carabao pada petang Rabu, skuad bimbingan Antonio Conte ini terpaksa bekerja keras untuk memastikan tidak ketinggalan selepas Leicester mendapat beberapa percubaan baik tetapi gagal melakukan penyudah yang baik.

Persembahan Chelsea bertambah baik selepas minit ke-68 selepas Ben Chilwell dikeluarkan, bagaimanapun mereka belum dapat menguji kemampuan penjaga gol lawa, Kasper Schmeichel.

"Jelas kelihatan ramai pemain yang kepenatan dan masih tidak dapat mengatasinya sejak perlawanan menentang Arsenal. Namun pada masa sama saya juga nampak adanya kesungguhan untuk memenangi perlawanan itu.

"Apabila kamu main setiap tiga hari, sepatutnya ada sistem bergilir. Misalnya, kami pernah lakukannya pada Piala FA, pasukan lain pula bermain untuk Piala Carabao.

"Bagaimanapun, kali ini hampir keseluruhan skuad kami yang menentang Leicester ini turut bermain pada Rabu lalu," katanya.-SkySport


Conte, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain