suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kamera Rakam Kemesraan Conte-Sanchez

-fotoYoutube

ANTONIO Conte dilihat berbisik sesuatu dengan Alexis Sanchez sebelum mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika mereka bertemu dalam perlawanan Piala Carabao antara Chelsea dan Arsenal pada Rabu.

Pemain Chile itu mengejutkan penyokong apabila diletakkan di bangku simpanan ketika perlawanan di Stamford Bridge, tetapi Arsene Wenger berkeras bahawa keputusan itu tiada kaitan dengan hasratnya untuk menyertai Manchester City bulan ini.

-fotoYoutube

Laporan mendakwa Sanchez telah menyetujui kesepakatan untuk menyertai pasukan Pep Guardiola.

Chelsea sebelum ini telah dikaitkan dengan langkah untuk menandatangani Sanchez tetapi kelihatan tewas kepada kelab yang sedang memimpin Liga Perdana Inggeris itu.

Awal bulan ini, Conte menggesa lembaga pengarah Chelsea menyasarkan Sanchez selepas menggambarkan pemain berusia 29 tahun itu sebagai pemain hebat.

Conte juga dirakam bercakap sesuatu dengan Sanchez selepas tamat perlawanan. -fotoAP

Pengurus Chelsea itu mengambil peluang untuk bercakap dengan bekas pemain Barcelona tersebut pada malam Rabu ketika mereka menaiki tangga ke arah stadium.

Kamera di terowong merakamkan Conte meletakkan tangannya di belakang Sanchez selepas terserempak dengannya ketika sama-sama berjalan masuk.

Mereka berjalan seketika sambil bercakap sesuatu sebelum berpisah. Sanchez juga dapat dilihat memandang kembali ke arah Conte dengan senyuman sebelum menyertai Arsenal. -metro

Alexis Sanchez, Antonio Conte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain