suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Postecoglou Letak Jawatan Jurulatih Australia

SYDNEY: Ange Postecoglou meletak jawatan sebagai jurulatih Australia berkuat kuasa pada Rabu.

Keputusan itu ternyata mengejutkan peminat bola sepak negara itu memandangkan ia dibuat seminggu selepas Postecoglou mengemudi The Socceroos mara ke pentas final Piala Dunia 2018 di Rusia.

"Setelah berfikir panjang, saya memutuskan untuk menamatkan khidmat saya sebagai jurulatih Socceroo.

"Sebagaimana saya pernah katakan banyak kali, ia satu penghormatan besar dalam hidup saya. Saya tahu ia masa tepat untuk saya dan keputusan yang betul," katanya pada sidang media di Padang Kriket Sydney.

Postecoglou yang turut mengemudi Australia ke Brazil pada 2014 sebelum ini menafikan khabar angin bahawa dia akan meletak jawatan selepas aksi playoff sama ada pasukan itu menang atau kalah.

Artikel Sebelum

Kali Ini Tak Mustahil

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain