suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurgen Klopp Masuk Hospital

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp dimasukkan ke hospital selepas dia berasa kurang sihat pada Rabu.

Pengurus yang berasal dari Jerman itu yang terpaksa meninggalkan sesi latihan sudah diperiksa oleh doktor dan dijangka akan pulang ke rumah pada sebelah petang.

Pasukan Liverpool pula kembali ke Melwood sesudah tugasan berlatih di luar negara pada tengah hari Rabu.

"Buat masa ini tiada perancangan buat Jurgen untuk ditahan di hospital, di luar waktu temu janjinya.

"Mungkin dia memerlukan pemeriksaan lanjutan beberapa hari lagi.

"Kami menggesa Jurgen diberikan ruang privasi ketika dia, keluarganya dan pesakit lain berada di hospital," menurut kenyataan rasmi daripada Liverpool.

Skuad itu menjadi tuan rumah kepada Southampton dalam Liga Perdana pada Ahad. - Eurosport


Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Zlatan Janji Jadi Lebih Bagus

Artikel Berikut

Selamat Jalan Ventura!

Artikel Lain