suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ventura, Sila Undur Diri”

SELEPAS Itali tersingkir di peringkat kumpulan pada pertandingan Piala Dunia 2014 di Brazil, Cesare Prandelli jatuh terduduk.

Bekas pengurus skuad negara itu mengundurkan diri secara terhormat kerana dia tahu apakah makna bola sepak kepada negaranya.

Kini, Giampiero Ventura, 69, tidak boleh hanya tunggu dan lihat selepas Itali tersingkir pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Pengurus Itali itu harus akur bahawa dia tidak layak untuk membawa negaranya menyertai Euros 2020.

Penyokong Itali tidak akan gembira dan persatuan bola sepak negara itu perlu mendengar suara hati penyokong, bukannya bersikap degil lagi.

Terdapat ramai lagi pengurus yang lebih baik berbanding Ventura. Contohnya Carlo Ancelotti dan Antonio Conte.

Conte jalankan tugas dengan cemerlang membawa pasukan yang lemah ke Euros.

Ketika pasukan tersebut berjaya menundukkan Sepanyol 2-0, ramai yang beranggapan mereka akan memenangi Euros. - Eurosport

Giampiero Ventura

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain