suria

United Sedia Penuhi Impian Enzo Diaz

Enzo Diaz. Foto: Facebook Agropecuario

MANCHESTER United meneliti latar belakang pemain muda Argentina.

Enzo Diaz,21, merupakan pemain divisyen dua, Agropecuario yang kini menguasi kedudukan liga.

Selepas tujuh penampilan bersama kelabnya, Diaz yang juga merupakan pemain pertahanan La Albiceleste telah mula menjadi sebutan.

"Saya mengetahu nama disebut pada Sabtu lalu dan tidak memberitahu kepada sesiapa kecuali ejen saya.

"Mana-mana pemain bola sepak menyimpan impian untuk bermain dengan Manchester United.

"Bagaimana pun saya perlu kekal fokus dengan tugas sekarang," ujarnya kepada Ataque Futbolero.

United dikaitkan dalam misi pencarian pemain pertahanan baharu bersama Ashley Young, Matteo Darmian, Daley Blind serta Luke Shaw yang jarang beraksi.

Enzo Diaz, Argentina

Artikel Sebelum

‘Twit’ Ibrahimovic Dikecam

Artikel Berikut

Pandelela Ikon Sukan Yakult 2017

Artikel Lain