suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hope Solo Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Blatter

Hope Solo.

BINTANG bola sepak Amerika Syarikat (AS) Hope Solo mendakwa bekas Presiden FIFA Sepp Blatter pernah meraba punggungnya dalam satu majlis penyampaian anugerah lima tahun lalu.

Namun dakwaan itu dinafikan Blatter.

Solo, 36, memberitahu akhbar Portugal bahawa Blatter melakukan perbuatan tersebut semasa majlis anugerah Ballon D'or di Lisbon pada Januari 2013.

Jurucakap Solo pada Sabtu mengesahkan kenyataan penjaga gol wanita itu.

"Blatter meraba punggung saya," kata bekas penjaga gol AS itu dalam satu temubual bersama Expresso.

Bagaimanapun, jurucakap Blatter dalam satu kenyataan balas berkata dakwaan tersebut tidak berasas dan tidak benar.

Solo merupakan mangsa terbaharu yang tampil mendedahkan kelakuan Blatter selepas penerbit filem Harvey Weinstein, pelakon Kevin Spacey serta bekas hos Fox News Bill O'Reilly.

Dakwaan berprofil tinggi itu turut mewujudkan kempen secara dalam talian dengan hastag #MeToo yang menggalakkan lelaki dan wanita untuk mendedahkan pengalaman mereka yang pernah berdepan gangguan dan serangan seksual.

Hope Solo, Sepp Blatter

Artikel Sebelum

Hanya Gurauan Kasar Sahaja

Artikel Berikut

Selamat Tinggal Marseille!

Artikel Lain