suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Pelapis, Senior Berlatih Bersama Tahun Depan

ALOR SETAR: Semua pemain pelapis dan remaja negara akan berlatih bersama pemain senior di Akademi Badminton Bukit Kiara, Kuala Lumpur, bermula Januari depan, kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Beliau berkata langkah tersebut bagi memastikan pemain muda mendapat kemudahan serta khidmat sokongan terbaik sama seperti pemain senior serta dapat menggilap bakat pemain muda secara berterusan dengan latihan lebih intensif.

Katanya, BAM mempunyai tujuh pemain juara remaja dunia namun mereka gagal menyerlah di pentas senior.

"...untuk itu kita harus konsisten dari segi pelaksanaan khidmat sokongan seperti sains sukan dan latihan intensif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Liga Remaja Kebangsaan AirAsia-BAM peringkat negeri di Dewan Persatuan Badminton Kedah, di sini pada Jumaat. 

Liga remaja selama dua hari itu menampilkan 186 pemain serta 21 pasukan dari 14 sekolah di negeri ini.

Juara peringkat negeri akan layak ke pusingan akhir peringkat kebangsaan dari 4 hingga 7 Jan ini dengan johan kebangsaan akan diserapkan ke akademi tersebut. - Bernama

Artikel Sebelum

Tiga Jurulatih, Siapa Pilihan TRW

Artikel Berikut

Artikel Lain