suria

Adakah Anda Akan Terima Saya Kembali? Tanya Neymar

BINTANG Paris St Germain (PSG) Neymar bertanya soalan mengejutkan kepada dua bekas rakan pasukannya, Lionel Messi dan Luis Suarez semasa berkunjung ke Nou Camp baru-baru ini.

Neymar telah bertanya kepada Messi dan Suarez sama ada mereka akan menerimanya kembali ke Barcelona.

Bulan lalu, Neymar melakukan kunjungan mengejut ke padang latihan Barca bersama anak lelakinya untuk bertemu dengan bekas rakan pasukan itu.

Semasa perbualan dengan Messi dan Suarez, Neymar tanpa segan silu bertanya kepada mereka:" Adakah anda akan menerima saya kembali?".

Pertanyaan itu sekali gus menguatkan lagi dakwaan bahawa Neymar benar-benar tidak gembira dengan kehidupannya di Perancis.

Malah pemain berusia 25 tahun itu kecewa dengan kualiti permainan dalam Liga Perancis dan pada masa sama hubungannya dengan Pengurus PSG, Unai Emery juga tidak baik.

Neymar menjaringkan 11 gol dalam 12 perlawanan bersama PSG musim ini tetapi dia terlepas aksi menentang Angers minggu lalu kerana bergelut dengan kecederaan.

Neymar

Artikel Sebelum

Chelsea Buat Silap Besar

Artikel Berikut

Pilih Conte Bukan Mourinho

Artikel Lain