Sarawak Tak Ambil Pemain Import Musim Depan

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan meneruskan cadangannya untuk menggunakan seratus peratus pemain tempatan pada  saingan Liga Perdana musim depan.

“Untuk awal musim Liga Perdana ini, Sarawak akan diwakili semua pemain tempatan yang terdiri daripada pemain yang sedia ada mahu pun dipilih dari pasukan Piala Presiden, belia serta daripada kejohanan Piala Sarawak 2017 yang akan berlangsung bermula esok sehingga 11 November depan di Mukah.

“Sekiranya pemain tempatan Sarawak mampu bersaing untuk tempoh tersebut, maka tiada keperluan untuk menggunakan pemain import. Namun sekiranya perlu, pengambilan pemain import akan dipertimbangkan pada jendela permindahan pemain,” kata FAS dalam satu kenyataan.

Sarawak menamatkan aksi Liga Super musim ini di kelompok dua pasukan tercorot dan tersingkir ke Liga Perdana.

Presiden FAS, Datuk Posa Majais sebelum ini dilapor sebagai mengesahkan khidmat tujuh pemain termasuk empat pemain import antarabangsa tidak disambung kontrak mereka sebaliknya pasukan itu akan diwakili seratus peratus pemain anak negeri.

FAS menambah pengambilan pemain import bukan syarat wajib untuk setiap pasukan.

“Ini bergantung kepada keperluan dan kemampuan sesebuah pasukan. FAS tidak menolak sumbangan yang telah diberikan oleh pemain yang tidak disenaraikan untuk musim hadapan.

“Namun dengan mengambil kira faktor prestasi, jumlah gaji dan kekerapan kecederaan, maka pihak persatuan terpaksa melepaskan anda,” kata FAS. - BERNAMA

FAS, pemain import

Artikel Sebelum

Malaysia Menang Tipis Atasi Brunei

Artikel Berikut

Tun M Pesan 'Kedah Kena Pulun'

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain