suria

Gol Alli Ofsaid?

DELE Alli menjadikan suasana di Wembley gamat apabila dia meletakkan Tottenham Hotspur di depan ketika bertemu Real Madrid pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu lalu.

Namun gol itu sepatutnya dibatalkan kerana ofsaid.

Selepas gol pembukaan pada minit ke-27, Alli merembat masuk hantaran Kieran Trippier sekali gus meletakkan Spurs di depan pada minit ke-56.

Namun ulang tayang rakaman perlawanan itu menyaksikan gol itu sepatutnya tidak diiktiraf kerana Trippier jelas kelihatan berada di posisi ofsaid.

Mengulas mengenai gol tersebut, bekas penyerang Chelsea, Pat Nevin berkata, Spurs layak untuk berada di depan tetapi paling penting untuk gol itu Harry Kane dilihat mengejar bola tersebut di kawasan penjuru.

"Dia tiada hak untuk mendapatkan bola itu kembali. Tiada siapa melakukan seperti itu untuk Real Madrid.

"Dia tidak menjaringkan gol itu atau mencipta peluang gol tetapi tahniah Harry Kane! Sentuhan cantik daripada Dele Alli juga," katanya.

Sementara itu, legenda Tottenham Glen Hoddle berkata:"Hantaran yang cantik, ia hanya ofsaid tetapi hantaran yang sempurna daripada Trippier. Dan kemudian Dele Alli merembat masuk bola itu ke dalam gawang."

Pada aksi peringkat Kumpulan H itu, Spurs menundukkan Real Madrid 3-1.

Dele Alli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain