suria

Dilema Mourinho: Griezmann Atau Ozil?

Jose Mourinho

MANCHESTER United dilaporkan akan menandatangani Antoine Griezmann atau Mesut Ozil pada akhir kempen.

United nampaknya kembali berada di landasan selepas menang ke atas Tottenham Hotspur dan Benfica.

Walau bagaimanapun, situasi Henrikh Mkhitaryan telah menimbulkan kebimbangan di Old Trafford.

Manchester Evening News berkata bos Manchester United, Jose Mourinho dijangka menandatangani Griezmann atau Ozil pada akhir musim, mungkin sebagai pengganti Mkhitaryan.

-fotoREUTERS

Griezmann adalah sasaran nombor 1 Red Devils pada musim panas selepas bersinar di Atletico Madrid.

Tetapi pemain antarabangsa Perancis itu memutuskan untuk kekal bersama kelab tersebut yang berdepan hukuman larangan perpindahan pemain.

United, musim lalu sepatutnya berbelanja besar untuk pemain berusia 26 tahun itu.

Dalam masa yang sama Mourinho juga telah berfikir untuk mendapatkannya pada Januari, tetapi sedar pemindahan lebih mudah dilakukan pada musim panas.

-fotoREUTERS

Laporan itu turut menambah bahawa Ozil juga mungkin akan berpindah dari Emirates ke Old Trafford.

Kerjaya pemain dari Jerman itu masih tidak menentu di Arsenal memandangkan kesepakatan baharu belum dapat dicapai.

Mourinho telah menguruskan Ozil dan mengaguminya sejak mereka bersama-sama di Real Madrid.

United merasakan mereka akan dapat menandatanganinya secara percuma apabila perjanjian semasanya dengan Arsenal berakhir.

Artikel Sebelum

Fifa Tunggu India

Artikel Berikut

Artikel Lain