suria

Ini Real Madridlah!

Isco. -fotoREUTERS

PEMAIN Real Madrid Isco menyeru rakan sepasukannya membuktikan kehebatan sebenar mereka selepas tewas mengejut dengan Girona, malam Ahad.

Dia percaya kekuatan kelab itu terbukti apabila mereka terus memberi saingan kepada pasukan lain dalam La Liga walaupun dalam situasi sulit.

Juara liga Sepanyol itu kini ketinggalan lapan mata di belakang musuh ketat mereka, Barcelona berikutan kekalahan 2-1 kepada Girona.

Isco membuka jaringan dalam perlawanan itu sekali gus mencatatkan gol ketiganya musim ini, namun ia tidak mampu menghalang Girona daripada menang.

Walaupun tewas, pemain berusia 25 tahun itu tidak berputus asa.

"Tidak ada siapa pun yang patut kata Real Madrid sudah mati kerana kami telah menunjukkan bahawa kami sering bangkit," kata Isco.

"Apabila situasi berjalan dengan baik, sangat mudah untuk menyatakan bahawa kami adalah pasukan hebat, kini kami perlu membuktikannya.

"Jelas sekali kami tidak boleh berterusan seperti ini."

Pemain pertahanan Real, Nacho, yang menggantikan Raphael Varane yang cedera pada separuh masa pertama, juga bersetuju dengan Isco.

"Kami ketinggalan banyak mata. Lapan mata bukan jurang yang mudah tetapi kami adalah Real Madrid," kata pemain berusia 27 tahun itu.

"Kami tahu ia sukar tetapi kami berasa bangga dan akan berjuang."

Casemiro pula menyatakan bahawa dia dan rakan sepasukannya tidak akan menyerah kalah.

"Kami semua bimbang apabila kami semakin jauh dengan pesaing dan matlamat," katanya.

"Sekarang kami perlu fokus sebab kami masih ada peluang untuk menang liga." -dailystar

Real Madrid, Isco

Artikel Sebelum

Wenger 'Sinis' Nasihat Sanchez

Artikel Berikut

Artikel Lain