suria

Hazard Banding Morata Dengan Costa

Eden Hazard

EDEN Hazard akhirnya membuat perbandingan antara Diego Costa dan Alvaro Morata.

Hazard berkata, dia gembira bermain dengan Morata, yang menyertai Chelsea dan menggantikan tempat Costa.

Morata telah menunjukkan permulaannya yang memberangsangkan di Chelsea, tetapi telah mengalami kecederaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia kini sudah kembali dan Hazard dengan jelas menunjukkan dia senang bermain Morata.

Katanya, untuk seorang pemain yang baik, tidak berlatih bersama tidak menjadi satu isu, sebaliknya keupayaan dan kefahaman teknikal permainan yang membuatkan mereka dapat menyesuaikan diri secara automatik.

Bagaimanapun, dia menambah bahawa hubungannya dengan Costa juga baik, yang mana bekas rakan pasukannya itu telah memenangi dua gelaran dalam tempoh tiga tahun bersama Chelsea, di bawah Jose Mourinho dan kemudian Antonio Conte.

Hazard ditanya tentang Morata dan memberitahu laman web Chelsea: "Dia penyerang utama.

"Apabila pemain yang baik bermain bersama, mereka tidak perlu berlatih bersama selama dua tahun.

"Bila berada di padang, kita dapat lihat pergerakan yang dilakukan dan keupayaan teknikalnya juga baik, dengan Alvaro, dan sebelum ini dengan Diego juga baik.

"Saya cuba untuk mempunyai hubungan baik dengan penyerang saya kerana, dalam posisi saya, bagus apabila pemain ini menjadi sasaran, jadi saya memerlukan hubungan yang baik dengannya." -101greatgoals

Artikel Sebelum

Ini Real Madridlah!

Artikel Berikut

Artikel Lain