suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apek Belum Fikir Tawaran Melaka United

KOTA BHARU: Penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat belum memikirkan tawaran dikemukakan Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) yang berhasrat untuk mendapatkan khidmatnya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Khairul Fahmi berkata tawaran MUSA itu merupakan suatu perkembangan yang positif dalam perkembangan kariernya sebagai penjaga gol.

Namun, pada masa sama, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek menegaskan dia masih menghormati baki kontrak bersama Kelantan yang hanya tamat pada musim depan.

“Saya berterima kasih kepada MUSA kerana menawarkan kontrak untuk beraksi bersama Melaka United musim depan, namun buat masa ini, masih terlalu awal untuk saya membuat sebarang keputusan.

“Saya belum menetapkan hala tuju untuk bermain dengan mana-mana pasukan kecuali Kelantan buat masa ini,” katanya.

Akhbar sebelum ini, melaporkan Melaka United sedia mendapatkan khidmat bekas penjaga gol kebangsaan itu bagi memperkuatkan pasukan itu dalam saingan Liga-M musim depan. - BERNAMA

Apek, MUSA, Kafa

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain