suria

Penyokong Marah Neymar ‘Kembali’ Ke Barca

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG) Neymar kembali ke Barcelona untuk bertemu bekas rakan pasukannya, Lionel Messi dan Luis Suarez pada Ahad.

Pemain kelahiran Brazil itu meninggalkan kelab gergasi Sepanyol tersebut dengan rekod perpindahan dunia bernilai 198 juta pound sterling pada Ogos lalu.

Perpindahan itu amat mengejutkan penyokong Barca di seluruh dunia.

Neymar memuatnaik gambar dia bersama dua bintang Barca dengan kapsyen "Messi dan Suarez, gembira bertemu anda" di Instagram miliknya.

Malah gambar tersebut turut dikongsi Barcelona di laman Twitter pasukan itu.

Namun, penyokong Barca nampaknya berang dengan gambar tersebut dan mahu ia dipadamkan.

Meskipun diangkat sebagai pemain termahal di dunia, Neymar nampaknya tidak gembira dengan kehidupannya di Paris.

Kunjungannya ke Camp Nou jelas memberi gambaran betapa dia amat merindui bekas rakan sepasukannya di Sepanyol.

Neymar, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain