suria

Liga Juara-Juara: United Menang, Mourinho Puji Svilar

Pemain-pemain United memujuk Svilar selepas perlawanan.

MILE Svilar menjadi penjaga gol termuda dalam sejarah Liga Juara-Juara yang menjadi tumpuan ketika aksi Benfica bertemu Manchester United.

Svilar,18, dilihat kecewa dan hampir menangis ketika pasukannya tewas 1-0 kepada United apabila Marcus Rashford menyumbat gol tunggal minit ke-65 di Estadio da Luz awal pagi Khamis.


Bagaimana pun semangat kesukanan terserlah apabila rata-rata pemain lawan serta rakan sepasukan memujuk dan memberi sokongan kepada Svilar.

Kemenangan tersebut menjadikan skuad Jose Mourinho mempertahankan prestasi cemerlang seratus peratus bagi saingan Kumpulan A.

"Dia menjadi fenomena. Hanya penjaga gol terbaik akan kecewa dengan jaringan seperti itu kerana berdepan dengan risiko. Dia mempunyai potensi besar," jelas Mourinho.

Namun secara realitinya, United berdepan dengan kesukaran apabila mempunyai corak permainan yang kuar namun kekurangan inspirasi.Pun begitu ia tidak membimbangkan Mourinho.

Dia kekal dengan corak pertahanan yang kental sekaligus memberi keputusan yang diharapkan.

"Saya yakin kadang-kala bertahan seperti 'jenayah' tetapi sebenarnya tidak.

"Sebab itulah kami mengawal permainan. Jaringan tidak melanggar situasi semasa.

"Tetapi 12 perlawanan, sepuluh kemenangan, dua seri, sembilan keputusan bersih. Kami tidaklah teruk," jelasnya.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain