suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amanda Staveley Bida Newcastle United

PEMILIK Newcastle United, Mike Ashley secara rasminya mahu menjual kelab tersebut.

Perundingan kewangan terkenal Britain, Amanda Staveley membida 300 juta pound untuk membeli Newcastle United.

Pelabur kewangan milik Staveley, PCP Capital Partners yang mendapat sokongan 28 juta pound dari negara Timur Tengah dan China difahamkan sudah berbincang dengan Ashley.

Perjanjian kemungkinan selesai pada Kristmas ini.


Sumber di City memberitahu, PCP yang sebelum ini dikaitkan untuk membida Liverpool, menyasarkan Newcastle kerana ia mempunyai pengaruh global yang kuat dan peluang untuk meningkat lebih cepat.

Ashley membeli kelab tersebut pada tahun 2007 dengan harga 134 juta pound.

Dilaporkan bahawa dia telah menerima empat pembida dan ianya tersebar termasuk selepas Staveley dilihat berada di St James Park empat hari lalu.

Staveley,44, merupakan kunci utama pemerolehan Manchester City untuk Sheik Mansour pada tahun 2008.

Newcastle United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain