suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Espanyol Dalam Pemerhatian United

Aaron Martin (kiri). -fotoAP

MANCHESTER United kini sedang mengawasi seorang pemain pertahanan muda Espanyol.

Aaron Martin, pemain Sepanyol bawah 21 tahun telah membuat 30 penampilan untuk liga sejak dipromosikan kepada skuad senior tahun lepas.

Peninjau Red Devils hadir ketika pemain muda itu bermain menentang Levante pada Jumaat yang berakhir dengan keputusan seri, lapor ESPN.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu telah meminta supaya mereka terus diberikan kemaskini tentang sebarang perkembangan mengenai masa depan anak muda itu.

Martin menandatangani perjanjian jangka panjang baharu pada bulan Januari, yang boleh menjadikan dia kekal menyarung jersi Sepanyol hingga 2022.

Walau bagaimanapun, Espanyol melonggarkan prospek untuk kehilangan pemain itu pada musim panas akan datang, atau mungkin pada Januari.

Pesaing tempatan United, Manchester City juga dikatakan berminat dengan pemain pertahanan ini tetapi kelabnya mungkin akan menuntut klausa pembelian sebanyak £36 juta.

Pengurus Jose Mourinho juga telah melihat Jordi Alba dan Ryan Sessegnon sebagai pemain berpotensi untuk kedudukan kiri, posisi yang masih menjadi masalah sejak dia tiba di United musim panas lalu.

Aaron Martin, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain