suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hoki Piala Asia: Demi Anak, Mohd Fitri Pulang Awal

KUALA LUMPUR: Malaysia terpaksa melupakan khidmat pemain berpengalaman, Mohd Fitri Saari apabila menentang Oman pada aksi terakhir kumpulan B Kejohanan Hoki Piala Asia di Dhaka, pada Isnin.

Pengurus pasukan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata pemain tengah berusia 24 tahun itu meminta kebenaran untuk kembali ke Malaysia bagi melihat anaknya, Muhammad Adam Zafran, yang dikatakan berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital swasta.

“Kami membuat keputusan untuk menerbangkan Mohd Fitri pulang ke Malaysia pada malam ini,” kata Mohd Nasihin yang dipetik sebagai berkata menerusi laman sesawang Konfederasi Hoki Malaysia;www.mhc.org.my.

Beliau berkata keputusan sama ada Mohd Fitri kembali ke Dhaka atau tidak bergantung kepada keadaan anak pemain berkenaan dan kem negara bersedia dengan sebarang kemungkinan bagi mengisi kekosongan dalam pasukan itu.

Mohd Nasihin bagaimanapun berkata, pemain berkenaan dijangka kembali menyertai skuad kebangsaan pada Selasa ini sekiranya keadaan anaknya bertambah baik.

Malaysia kini mendahului kumpulan B selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut iaitu menewaskan China 7-1 selain menundukkan juara bertahan, Korea Selatan 2-1 pada kejohanan berkenaan yang berlangsung dari 11-22 Oktober ini. - Bernama

Mohd Fitri Shaari, Hoki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain