suria

Tetap Enggan Bincang

NAMPAKNYA Arsenal akan kehilangan Alexis Sanchez secara percuma pada musim panas akan datang selepas bintang Chile itu tetap berkeras tidak mahu memperbaharui kontraknya.

Kontrak pemain berusia 28 tahun itu dengan The Gunners masih berbaki sembilan bulan dan dia kini bebas untuk menandatangani persetujuan pra kontrak dengan kelab lain sebelum perpindahan dimuktamadkan secara rasmi pada Januari depan.

Sanchez begitu terdesak untuk menyertai Manchester City pada musim panas lalu tetapi Arsenal gagal mencari penggantinya, menyebabkan perpindahan ke Etihad terpaksa disekat.

Namun, Arsene Wenger masih belum menyerah kalah untuk memujuk Sanchez supaya kekal.

Tetapi pemain Chile itu memberitahu Arsenal bahawa dia tidak mahu membincangkan kontrak baharu, lapor Goal.

Ini bermaksud Arsenal akan kehilangan Sanchez yang dianggarkan berharga 60 juta pound sterling secara percuma.

Turut mengikut jejak langkah Sanchez adalah Mesut Ozil yang masih belum memperbaharui kontraknya di Emirates.

Alexis Sanchez, Arsenal

Artikel Sebelum

Pique, Shakira Berpisah?

Artikel Berikut

Itali Dimalukan Macedonia

Artikel Lain