suria

Pique Diboo Penyokong Sendiri

GERARD Pique diboo penyokong sendiri semasa Sepanyol mencatat kemenangan 3-0 ke atas Albania pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018, awal pagi Sabtu.

Bunyi ejekan itu jelas kedengaran di dalam Estadio Jose Rico Perez setiap kali pemain pertahanan Barcelona tersebut menyentuh bola.

Menjelang aksi sepak mula, Pique pernah meluahkan hasrat untuk gantung but daripada tugas antarabangsanya jika khidmatnya sudah tidak lagi diperlukan.

Suasana bertambah tegang apabila bunyi ejekan semakin kuat kedengaran pada minit ke-14 ketika Pique dikasari penyerang Albania, Azdren Llullaku.

Namun Llullaku terlepas daripada layangan kad merah.

Setiap kali Pique cuba menyentuh bola, ada segelintir penyokong memberikan sorakan terhadapnya tetapi ia ditenggelamkan dengan bunyi ejekan yang lebih kuat.

Pique dikeluarkan pada minit ke-60 sekali gus membawa kepada pelbagai reaksi daripada penyokong yang hadir.

Pemain berusia 30 tahun itu dikecam penyokong selepas menyatakan sokongan terhadap referendum pembebasan Catolonia daripada Sepanyol baru-baru ini.

Gerard Pique

Artikel Sebelum

Itali Dimalukan Macedonia

Artikel Berikut

Artikel Lain