suria

United Intai Anak Gary Neville

MANCHESTER United bercadang memabawa balik anak Phil Neville dari Valencia.

Menurut laporan Super Deporte di Sepanyol, Harvey Neville yang kini bermain untuk skuad remaja Valencia mempunyai kelebihan kaki kanan seperti yang dimiliki David Beckham.

Media tersebut memberitahu, United merancang untuk membawa Harvey balik ke England.

Harvey bukan sahaja berjaya memukau kelab yang pernah menjulang nama bapanya itu, malah turut menarik minat Tottenham Hotspur.

Walaupun bapanya, Gary Neville dipecat selaku pengurus Valencia tahun lalu, Harvey memilih untuk kekal di Sepanyol selepas kontraknya diperbaharui.

Sejak menyertai Valencia, Harvey menjadi antara pemain muda yang menarik perhatian ramai.

Dengan bakat yang ada itu, United sudah mula 'menempah' Harvey  lebih awal supaya tidak diganggu pesaingnya, Manchester City.

Harvey Neville

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pique, Shakira Berpisah?

Artikel Lain