suria

City, United Rebut Pemain Roma

PEMAIN tengah Roma, Lorenzo Pellegrini dijangka menjadi rebutan dua pasukan dalam Liga Perdana Inggeris.

Manchester United dan Manchester City bermiant untuk membawa pemain antarabangsa Itali itu ke England.

Laporan media di Itali mendedahkan nilai pemain tengah itu 22 juta pound (RM123 juta) berdasarkan klausa dalam kontraknya.

Prestasi semasa menjadikan dia dalam perhatian dan turut dipanggil menyertai skuad negaranya bagi saingan Kelayakan Piala Dunia.

Bagaimana pun Pellegrini terpaksa diketepikan kerana kecederaan menjelang aksi bertemu Macedonia dan Albania.

Turut dilaporkan Jose Mourinho dan Pep Guardiola amat berminat dengan pemain berusia 22 tahun ini.

Pellegrini merupakan produk akademi bola sepak Roam namun meninggalkan kelab ke Sassuolo pada muism 2015 dengan nilai 1.1 juta pound.

Selepas sukses di Modena, Roma kembali membeli pemain ini dengan nilai 8.9 juta yang dianggap bertepatan dengan peningkatan prestasinya.

Musim ini, dia turut tampil dalam empat aksi Serie A serta membantu Roma memenangi aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara bertemu Qarabag bulan lalu.

Namun, dia terpaksa berehat selepas kecederaan menimpanya pada perlawanan bertemu AC Milan hujung minggu lalu.

Lorenzo Pellegrini

Artikel Sebelum

England Tidak Akan Jadi Sepanyol

Artikel Berikut

Artikel Lain