suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tugas Berat Lukaku Sehingga Januari - Mourinho

JOSE Mourinho dilapor telah memberitahu Romelu Lukaku apa yang perlu dilakukan sehingga Januari ini.

Pengendali Manchester United kelahiran Portugal berkenaan berkata, Lukaku telah diberitahu bahawa dia tidak akan direhatkan sehingga Januari kerana kekurangan penyerang utama.

Penyerang bernilai £75 juta itu bagaimanapun akan mendapat rehat secukupnya apabila  Zlatan Ibrahimovic kembali pada Januari.

Ibrahimovic berehat panjang selepas mengalami kecederaan ligamen lutut sejak musim lalu.

Namun, proses pemulihan yang agak pantas telah memberi peluang kepada United untuk melanjutkan kontraknya sebelum kembali memperkuatkan pasukan pada Januari.

"Bila tiada Zlatan, kami tidak dapat menukar penyerang, terutamanya apabila Marcus Rashford bermain di posisi lain.

"Jadi, sehingga kami dapat Zlatan kembali, kami tidak akan berfikir untuk merehatkan Lukaku. Kami tidak lakukannya," katanya.

Manchester United, Romelu Lukaku

Artikel Sebelum

Wenger Rehatkan Ozil

Artikel Berikut

Artikel Lain