suria

“Jangan Layan Pemain Macam Budak-Budak”

Antonio Conte. Foto AFP

ANTONIO Conte mengakui pengurus pasukan tidak boleh melayan anak-anak buah mereka seperti budak-budak meskipun terdapat pengurangan bintang sukan berprofil tinggi di padang.

Penyerang Manchester City, Sergio Aguero dijangka terlepas permainan menentang pasukan pimpinan Conte selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Amsterdam.

Ketika kejadian, pemain kebangsaan Argentina itu menaiki sebuah teksi dalam perjalanan ke lapangan Amsterdam selepas menyaksikan konsert penyanyi Colombia, Maluma pada petang Khamis.

Pemain Chelsea, Tiemoue Bakayoko terselamat apabila terbabit dalam kemalangan kereta dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani latihan minggu lalu.

"Saya suka memberikan bertanggungjawab," kata Conte.

"Pemain bukan budak-budak, mereka adalah lelaki dewasa, mereka ada keluarga.

"Mereka mempunyai anak-anak dan saya fikir adalah penting untuk memberikan mereka tanggungjawab yang sewajarnya.

Kemudiannya, tambah Conte, mereka pasti akan membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka sendiri.

"Adalah penting untuk memahami bila ada ruang untuk mengembara, pergi menonton perlawanan atau situasi-situasi lain.

"Bila anda bercuti, anda mesti mengambil tanggungjawab sendiri untuk cuba dan membuat keputusan yang terbaik buat anda, pasukan dan kelab," katanya. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pogba Tak Kan Turun Padang

Artikel Lain