suria

Wujud Permusuhan Antara Martial Dan Rashford - Young

ASHLEY Young mengakui wujud permusuhan di antara Anthony Martial dengan Marcus Rashford yang tidak dapat diselesaikan.

Young berkata, permusuhan antara dua pemain muda itu wujud dalam bersaing bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Jelasnya, permusuhan secara sihat itu bukan sekadar membuatkan mereka berdua semakin baik di atas padang tetapi turut dapat menambah koleksi gol Manchester United.

"Dalam pasukan ini semua orang ingin bermain dengan baik kerana mahu menjadi pemain utama.

"Setiap pemain bersaing secara sihat untuk mendapatkan tempat dan ada dua pemain yang bersaing sengit untuk kesebelasan utama.

"Kamu boleh lihat bagaimana pantas dan agresif ketika mereka berlatih. Hasilnya mereka berjaya membantu United setakat ini," katanya.

Kontrak Young bersama United akan tamat akhir musim ini ketika usianya 32 tahun.

Manchester United, Ashley Young

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Felda United Benam Harimau Selatan

Artikel Lain