suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masalah Manchester United Sejak 2014 Selesai

MANCHESTER United dilapor telah berjaya menyelesaikan masalah utama skuad itu sejak ditinggalkan Alex Ferguson pada 2013.

United mula dilanda masalah penyudah sejak dipimpin David Moyes walaupun menggunakan pemain pilihan Ferguson

Keadaan itu semakin buruk apabila tanggungjawab berkenaan diberikan kepada Louis van Gaal sehingga merekodkan antara jaringan terendah dalam sejarah penglibatan kelab berkenaan di Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun tindakan pengurusan kelab memilih jurulatih yang dibuang Chelsea, Jose Mourinho berjaya memulihkan situasi buruk berkenaan.

Ia terbukti dalam perlawanan ke-10 kelab tersebut dengan Romelu Lukaku menjaringkan gol ke-10 daripada 10 aksi kompetitif.

Tidak cukup dengan itu, empat penggempur United turut tidak terlepas daripada mencipta nama.

Mereka ialah Juan Mata, Henrikh Mkhitaryan, Marcus rashford dan Anthony Martial.

Pengkritik memberi kenyataan demikian selepas United berjaya menewaskan CSKA Moscow 4-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah awal pagi ini.


Manchester United, CSKA Moscow

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain