suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayern Munich Pecat Ancelotti

CARLO Ancelotti dipecat selepas Bayern Munich dimalukan 3-0 oleh Paris Saint-Germain pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.

Kelab gergasi Jerman itu tidak dapat menerima kekalahan yang dialaminya dalam aksi Liga Juara-Juara itu.

Lebih menimbulkan kontroversi kekalahan ini selepas Ancelotti menyimpan pemain-pemain seniornya Mats Hummels, Arjen Robben dan Franck Ribery dibangku simpanan.

Dalam kenyataan rasmi kelab, Bayern mendedahkan bahawa mereka telah 'berpisah' dengan pengurus berusia 58 tahun itu.

Pembantu jurulatih, Willy Sagnol bakal mengambil alih tugas Ancelotti untuk sementara waktu.

Carlo Ancelotti

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa 2017

Artikel Berikut

Artikel Lain