suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United Umum Keuntungan

MANCHESTER United mengumumkan keuntungan pada Khamis selepas melalui kejayaan pada musim lalu sehingga memenangi Liga Eropah dan Piala Liga serta layak ke Liga Juara-Juara.

Kelab Old Trafford itu memperolehi hasil sebanyak RM3.3 bilion dalam tempoh 12 bulan sehingga hujung Jun lalu dan mencatatkan keuntungan sebanyak RM458 juta.

Hutang yang dikaitkan dengan pembelian kelab tersebut oleh keluarga Glazer berkurang kepada RM1.2 bilion berbanding RM1.48 bilion pada tahun lalu.

Ketua bersama Liga Perdana yang dikendalikan oleh Jose Mourinho dijangkakan meraih pulangan yang sama berdasarkan situasi kewangan tahun ini.

Awal tahun ini, penganalisis kewangan Deloitte mendedahkan bahawa United kembali mengungguli carta kelab bola sepak yang 'kaya' buat kali pertama sejak 2005, menggantikan Real Madrid.

"Kami menyimpulkan kejayaan pada musim 2016/2017 dengan tiga trofi kemenangan termasuk Piala Perisai Komuniti dan kepulangan ke Liga Juara-Juara," kata timbalan pengerusi eksekutif Ed Woodward.

"Kami berpuas hati dengan pelaburan ke atas skuad ini dan tidak sabar menghadapi musim akan datang," katanya. - AFP

Manchester United

Artikel Sebelum

Chong Wei Ke Suku Akhir

Artikel Berikut

Malaysia Kaut Enam Emas Olahraga

Artikel Lain