suria

TMJ Dibenar Terbang Terus Ke Pyongyang

Tunku Ismail berjabat tangan dengan Kim. - Facebook/Johor Southern Tigers

JOHOR BAHRU: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diberikan laluan istimewa oleh kerajaan Korea Utara untuk terbang secara terus ke Pyongyang dari Johor.

Laluan istimewa tersebut diberikan kepada Tunku Ismail dari pegawai charge d' affaires Korea Utara, Kim Yu Song ketika mengadakan pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor itu di sini pada Selasa.

Mereka turut berbincang mengenai hal ehwal hubungan luar negara dan semasa serta kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara yang akan diadakan di Pyongyang pada 5 Oktober.

Pyongyang turut menjamin keselamatan pemain Malaysia dan pegawai pasukan yang terlibat.

Kenyataan yang dikeluarkan di Facebook Johor Southern Tigers mengatakan bahawa perbincangan yang dilakukan membawa keputusan positif.

Tunku Ismail diberikan penghormatan untuk terbang secara terus dari Johor ke Pyongyang apabila beliau ingin melawat Korea Utara.

Penghormatan tersebut adalah penghormatan tertinggi kerana pemimpin dunia lain terpaksa terbang ke Beijing, China terlebih dahulu sebelum mendarat di Pyongyang.

TMJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mekanik Motor Raih Perak

Artikel Lain