suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Berputih Mata

Klopp tertunduk kecewa selepas kelabnya tewas di tangan Leicester City. - Reuters

LEICESTER City beraksi lebih bertenaga pada separuh masa kedua untuk menendang keluar Liverpool daripada Piala Liga dengan meraih jaringan 2-0 sekaligus menjadikan ia kejayaan kali ketiga kelab itu di Stadium King Power.

Pemain gantian Shinji Okazaki dan Islam Slimani melakukan kesilapan sehingga menyebabkan Merseysider terpaksa membayar harga yang tinggi gara-gara gagal menguasai permainan pada separuh masa pertama.

Kedua-dua kelab cuba mencari rentak perlawanan dan skuad 'tetamu' dilihat bekerja keras dengan pemain bek kiri, Andrew Robertson yang agresif menggasak pasukan lawan.

Jurgen Klopp menarik keluar Philippe Coutinho pada waktu rehat menjadikan aksi Liverpool kurang mengagumkan, ia memberikan peluang kepada Okazaki untuk bertindak pantas selepas menggantikan Leonardo Ulloa.

Slimani kemudian memberikan gol kemenangan melalui tendangan sejauh 25 kaki untuk memberi Fox kedudukan yang selesa sekaligus menyebabkan Liverpool pulang tanpa kemenangan dalam empat perlawanan. - Eurosport

Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala Liga 2017

Artikel Lain