suria

Penyokong Liverpool Dakwa Oxlade-Chamberlain Bawa Malang

LIVERPOOL perlu menunggu lagi untuk menamatkan nasib malang sejak dibelasah 5-0 oleh Manchester City apabila pasukan tersebut tewas kepada Leicester 2-0 pagi ini.

Walaupun pengendali Liverpool, Jurgen Klopp melahirkan keyakinan bahawa skuadnya mampu menewaskan Liecester sebelum permainan bermula, namun Shinji Okazaki dan Islam Slimani mengajarkan mereka bagaimana untuk menjaringkan gol.

Berikutan daripada kekalahan dan kegagalan mencatatkan kemenangan sejak akhir-akhir ini, penyokong Liverpool mula menyalahkan Alex Oxlade-Chamberlain.

Metro.co melaporkan, penyokong Liverpool mendakwa bekas pemian Arsenal berkenaan telah membawa nasib malang ke dalam pasukan berkenaan.

Ini kerana, sejak perpindahan bernilai £35 juta itu diselesaikan, Liverpool belum dapat memenangi satu perlawanan termasuk Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Aksi tidak konsisten itu juga dikatakan berpunca daripada pertukaran demi pertukaran yang dilakukan Klopp terhadap kesebelasan utama sehingga menjejaskan tempo permainan.

Liverpool, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Antonio Conte Silap!

Artikel Lain