Antonio Conte Silap! - Sukan | mStar

Antonio Conte Silap!

Antonio Conte ketika mempertikaikan keputusan pengadil Michael Oliver. -fotoAP

PENGURUS Chelsea Antonio Conte ‘silap’ apabila tidak puas hati dengan kad merah yang dilayangkan ke atas David Luiz ketika menentang Arsenal pada Ahad.

Itulah pendapat pakar dan juga bekas pemain tengah Chelsea, Craig Burley.

Luiz diarahkan keluar padang semasa perlawanan berbaki 10 minit ketika kelab itu menentang Arsenal di Stamford Bridge yang berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Pemain Brazil itu melanggar Sead Kolasinac menyebabkan pengadil, Michael Oliver tidak teragak-agak untuk melayangkan kad merah kepadanya.

Bagaimanapun, Conte tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut walaupun insiden itu berlaku di depan matanya.

Dia menganggap insiden itu tidak akan berlaku jika pengadil bertindak apabila Alexis Sanchez melanggar Luiz sebelum berlakunya perlanggaran tersebut.

Burley percaya Conte mungkin mempunyai pandangan yang lebih baik tentang apa yang berlaku tetapi menyatakan bahawa dia tidak seharusnya mempertahankan pemainnya.

"Tiada idea (mengapa Conte mengadu)," kata Burley di ESPN FC.

"Mengapa seorang pengurus jarang melihat apa yang dapat dilihat orang lain?

"Tiada apa yang perlu dipertikaikan tentang apa yang telah berlaku di sana? Ia benar-benar bodoh,” katanya.

Luiz akan terlepas untuk bermain dalam tiga perlawanan domestik bersama Chelsea.

Dia tidak akan turun dalam perlawanan Piala Carabao menentang Nottingham Forest dan perlawanan menentang Stoke dan Manchester City di Liga Perdana Inggeris.

Antonio Conte , Craig Burley

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Conte Sedia Angkat Kaki

Conte Mengeluh

Artikel Lain