suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Semua Tahu Saya Berminat” - Coutinho

Philippe Coutinho. Foto Reuters

PHILIPPE Coutinho bersuara buat pertama kalinya mengenai betapa hampir beliau menyertai Barcelona.

Bagaimanapun bintang itu menegaskan bahawa tiada perjanjian untuk beliau meninggalkan Liverpool tahun depan.

Pemain skuad kebangsaan Brazil itu memulakan permainan pada musim ini dengan jaringan pada minit ke-78 sehingga mengikat seri 1-1 ketika menentang Burnley.

Coutinho sering dikaitkan dengan kelab gergasi La Liga Sepanyol iaitu Barcelona, dengan tawaran terakhir mencecah £114 juta (RM648.4 juta).

Minat Barcelona untuk mendapatkannya semakin meningkat berikutan perpindahan rakan senegaranya Neymar ke Paris St-Germain.

"Apa yang berlaku adalah tawaran kerja, dan kadang-kadang kita akan teruja," kata Coutinho kepada ESPN Brazil.

"Kadang-kadang tidak, dan dalam kes saya ini, semua tahu yang saya berminat, begitu juga dengan keluarga.

"Sebagaimana saya yang sering perkatakan, ia merupakan satu tawaran yang terbaik untuk diterima daripada kelab yang bagus seperti itu.

"Tetapi ia juga merupakan penghormatan berada di sini. Liverpool menjadi kelab yang baik di seluruh dunia.

"Saya di sini dan saya akan sentiasa memberikan yang terbaik. Saya berusaha keras kerana fikiran saya adalah matlamat pasukan bagi menjadikan musim ini yang terbaik," katanya. - Mail Online

Philippe Coutinho

Artikel Sebelum

Bibi Wanita Pertama Terajui Kafa

Artikel Berikut

Artikel Lain