suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Tewaskan Everton 4-0

Antonio Valencia meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Everton di Old Trafford, Manchester pada awal pagi Isnin. Foto Reuters

MANCHESTER United mencatatkan pencapaian yang agresif apabila empat kali dalam lima perlawanannya hanya menggunakan masa dalam 10 minit terakhir untuk meraih kemenangan.

Mereka menjaringkan gol sebanyak dua dalam tempoh itu ketika menentang West Ham.

Dua lagi permainan semasa bertembung dengan Swansea dan Leicester.

Dan kali keempat ini berlaku dalam perlawanan antara Manchester United dan Everton.

Pasukan di bawah pengurus Jose Mourinho itu menewaskan Everton dengan 4-0 di Old Trafford, Manchester pada awal pagi isnin.

Gol pertama diraih Antonio Valencia pada minit keempat. 

Manakala tiga lagi jaringan, masing-masing oleh Henrikh Mkhitaryan (83'), Romelu Lukaku (89') dan tendangan penalti Anthony Martial (90'). - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain