"Beri Saya Masa" - Bibi - Sukan | mStar

"Beri Saya Masa" - Bibi

PETALING JAYA: Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan berharap  penyokong The Red Warriors (TRW) memberi masa kepadanya untuk memulihkan kepincangan yang melanda badan induk bola sepak negeri itu khususnya isu  gaji pemain.

"Kita tahu pasukan bola sepak Kelantan berada dalam keadaan tidak menentu khususnya apabila berdepan masalah kewangan.

"Setakat ini, tak sampai 24 jam saya ambil alih jawatan ini, jadi saya berharap berilah masa untuk saya cuba memperbetulkan mana yang tak betul sebelum ini terutamanya isu gaji pemain," katanya kepada mStar Online.

Jelas pengasas Desa Murni Batik di Kota Bharu itu, beliau akan berusaha menyelesaikan isu membabitkan gaji pemain yang berlarutan sehingga ke hari ini.

"Maklumat lanjut mengenainya (gaji) saya belum ada tetapi saya akan teruskan visi dan misi ini, saya harap pasukan kita tak turun liga.

"Ada tiga perlawanan lagi dan susah untuk bangkit kembali andai kita turun liga. Saya minta supaya penyokong hadir memberikan sokongan kepada pasukan dalam satu lagi perlawanan di gelanggang sendiri nanti," katanya.

Pada masa sama, usahawan kelahiran Kok Lanas itu turut berharap supaya semua pemain bersabar dalam isu berkaitan gaji.

"Saya minta pemain bersabar sikit, mungkin ada jalan untuk kita selesaikan perkara ini. Saya akan cuba atasi isu ini.

"Saya pun dah bertemu dengan pemain di stadium semalam. Saya minta mereka supaya main sungguh-sungguh jangan fikir pasal duit lagi buat masa ini," katanya.

Pada Kongres Tahunan Kafa Ke-63 pada Ahad, Bibi,  mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama menjawat jawatan sebagai Presiden Kafa apabila memperoleh sebanyak 32 undi, sekali gus menewaskan Muhammad Nasir yang juga Naib Presiden Kafa yang meraih 19 undi.

Mengulas mengenai kemenangannya, usahawan berusia 46 tahun itu tidak menjangka boleh menang besar pada pemilihan kerusi panas tersebut.

Bibi yang menyifatkan dirinya sebagai calon underdog berkata, kemenangannya memberi petanda bahawa mereka yang mengundi mahukan nafas baharu dalam tampuk kepimpinan badan induk bola sepak negeri itu.

"Semenangnya saya sendiri terkejut dengan kemenangan besar yang diluar jangka ini. Alhamdulillah nawaitu saya untuk membantu Kafa akhirnya diredai Allah.

"Terima kasih kepada wakil Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) yang memberikan mandat ini kepada saya. Saya akan cuba melakukan yang terbaik demi membangunkan bola sepak Kelantan," katanya.


Bibi , Kafa

Artikel Sebelum

Morata Dedah Kenapa Pilih Chelsea

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Annuar Musa Mahu Jadi Penyokong Saja

Status Annuar Dibincang Lepas Liga Super

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan