suria

Sebab Manchester United Mahu Dapatkan Bale, Griezmann

KETUA Eksekutif Manchester United, Ed Woodward dijangka akan mendapatkan Gareth Bale dan Antoine Griezmann pada jendela pemindahan pemain akan datang.

Ini kerana ia merupakan satu pelaburan berbaloi buat Manchester United walaupun terpaksa berbelanja tinggi untuk mendapatkan pemain berkenaan.

Ketika mendapatkan Paul Pogba dangan bayaran tertinggi dunia, Woodward pernah berkata bahawa bekas pemain United itu bukan sekadar untuk menguatkan pasukan tetapi mempunyai nilai komersil tersendiri.

Namun kritikan terus dilemparkan terhadap United kerana didakwa melakukan perbelanjaan tidak berhemah.

Bagaimanapun, gedung jualan barangan sukan terkenal, Sports Direct mendedahkan jualan jersi Pogba antara yang tertinggi bagi msuim 2016/17.

Malah jualan jersi pemain berkenaan juga antara yang terlaris sehingga menyumbang kepada pendapatan United dan memulangkan semula bayaran yang dibuat kepada Juventus untuk membeli Pogba.

Berikutan itu, Woodward dijangka akan mendapatkan Bale dan Griezmann pada jendela pemindahan pemain akan datang kerana ia juga akan menjadi pelaburan berbaloi.

Jualan jersi kedua-dua pemain berkenaan mampu memulangkan semula nilai bayaran United kepada Atletico dan Real Madrid pada masa akan datang.

Tidak cukup dengan itu, skuad bimbingan Jose Mourinho akan menjadi pasukan yang digeruni di peringkat Eropah.

Artikel Sebelum

Annuar Musa Buat U-Turn?

Artikel Berikut

Artikel Lain