suria

Mbappe Dedah Rahsia

Kylian Mbappe. Foto AFP

KYLIAN Mbappe mendedahkan rahsia mengenai pertemuan beliau dengan Arsene Wenger pada musim panas lalu.

Malah, beliau pernah mempertimbangkan Arsenal sebagai 'pilihan sebenar' sebelum memutuskan untuk menyertai kelab Paris Saint-Germain (PSG).

Pemain berusia 18 tahun itu memuktamadkan perjanjian £166 juta (RM918 juta) ke Parc des Princes pada hari terakhir tingkat perpindahan.

Pada masa PSG dan Monaco bersetuju mengenai perjanjian luar biasa itu, Arsenal telah pun tiada lagi dalam perebutan itu.

Bagaimanapun penyerang tersebut mengakui bahawa penghijrahan ke kelab Emirates itu merupakan satu kemungkinan. 

"Ya, saya bertemu dengan Arsene Wenger, yang merupakan jurulatih terbaik," kata Mbappe kepada The Telegraph.

"Beliau mempunyai reputasi yang baik di sini, di Perancis. Beliau begitu disanjungi dan tahu bagaimana untuk memajukan pemain muda.

"Ia merupakan pilihan sebenar bagi saya. Tetapi, sudah tentu Paris Saint-Germain menjadi pilihan utama.

"Kami mempertimbangkan kelebihan dan kekurangan semua kelab tetapi keluaga memberitahu saya ia adalah keputusan yang perlu saya ambil.

"Ia juga merupakan satu keputusan jangka panjang. Jadi, ia terpulang kepada saya dan saya memutuskan untuk datang ke sini untuk maju," kata Mbappe. - Mail Online

Kylian Mbappe

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain