suria

Impian Jadi Kenyataan - Dembele

OUSMANE Dembele akhirnya merealisasikan impian sejak kecilnya selepas menyertai Barcelona dengan perpindahan bernilai 135.5 juta pound sterling.

Bintang Perancis itu menandatangani kontrak selama lima tahun di Camp Nou selepas Barca mencapai persetujuan dengan Borussia Dortmund bayaran awal sebanyak 96.8 juta pound sterling.

Ia adalah perpindahan kedua termahal dalam sejarah selepas Neymar yang menyertai Paris Saint-Germain dengan bidaan bernilai 200 juta pound sterling.

Bercakap buat pertama kalinya sejurus selepas perpindahan itu, Dembele berkata, dia amat gembira untuk memperkuat Barcelona.

"Ia sentiasa menjadi impian saya untuk menyertai Barcelona dan hari ini saya amat gembira kerana dapat mencapai impian saya.

"Ia sebuah kelab terhebat di dunia dengan barisan pemain terbaik dunia. Sasaran saya adalah melakukan apa sahaja untuk pasukan dan mempunyai persefahaman dengan rakan pasukan," katanya.

Dembele, 20, melakukan penampilan kali terakhir bersama Dortmund pada 5 Ogos lalu.

Dia kemudiannya digantung perlawanan awal bulan lalu kerana terlepas sesi latihan.

Dortmund pernah menolak bidaan Barcelona beberapa minggu lalu kerana ia tidak sesuai dengan bola sepak luar biasa dan nilai tambahan pemain.'

Namun, tawaran baharu melebihi 130 juta pound sterling adalah sesuatu yang sukar ditolak dan mengatasi rekod pembelian Luis Suarez bernilai 75 juta pound sterling dari Liverpool, dua tahun lalu.

Ousmane Dembele

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain