suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Spekulasi Masa Depan Conte Terjawab

KURANG sejam selepas tersebar berita pengurus Chelsea, Antonio Conte dilaporkan bakal diganti oleh bekas pengendali Dortmund, Thomas Tuchel, juara Liga Perdana Inggeris itu tampil menjawab spekulasi tersebut.

Beberapa laporan pada pagi Rabu menyebut bahawa Tuchel akan menggantikan Conte jika pengurus kelahiran Itali berkenaan meninggalkan Stamford Brigde.

Akhbar Jerman, Sport Bild mendakwa, jurulatih Jerman yang tidak mengenadalikan mana-mana kelab sejak Mei lalu, berada dalam senarai pengganti Conte.

Namun The Blues memberi maklum balas bahawa berita berkenaan adalah tidak benar.

Sumber yang rapat dengan Chelsea memaklumkan bahawa Tuchel bukan calon pengganti Conte.

"Sumber kelab memaklumkan kepada portal The Independent bhawa tiada pelan untuk menggantikan Conte dan Tuchel bukan nama yang disebut," jelas sumber berkenaan. - Football365.com



Chelsea. Antonio Conte

Artikel Berikut

Artikel Lain