suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United Bakal Terima Seorang Lagi Penyerang

BINTANG Manchester United memberi bayangan mengenai kehadiran seorang lagi penyerang yang akan digandingkan dengan Romelu Lukaku.

Eric Bailly seakan mengesahkan bahawa Zlatan Ibrahimovic telah bersiap sedia untuk kembali memperkuatkan jentera serangan kelab berkenaan.

Ibrahimovic yang tidak lagi mempunyai kontrak bersama United kelihatan dibenar menggunakan pusat latihan United untuk menjalani latihan.

Kehadiran penyerang berpengalaman itu didedahkan Bailly yang memuat naik video di laman instagramnya.

Jose Mourinho sebelum ini tidak menyembunyikan hasratnya untuk menurunkan kembali Ibrahimovic jika pemain itu pulih daripada kecederaan ligamen.

Menerusi video itu juga tercatat kapsyen," harap kamu telah bersedia untuk kembali, Zlatan Ibrahimovic. Kami di sini."

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain