suria

Mourinho Sedia Lepaskan Pemain Dibeli Van Gaal

JOSE Mourinho sedia melepaskan seorang pemain yang dibeli oleh Louis Van Gaal untuk menambah dana bagi mendapatkan tonggak baharu.

Daily Record melaporkan, Manchester United sedia menjual Luke Shaw kepada mana-mana kelab berikutan aksi tidak menentu pemain pertahanan kiri berkenaan.

Minggu lalu, ejen Shaw mendakwa pemain England itu gembira berada di Old Trafford walaupun tiada pihak yang cuba mendapatkan pihaknya.

Bagaimanapun Mourinho dilapor sedia melepas pemain itu bagi menambah kantung pembelian pemain yang mampu memperkuatkan pasukan berkenaan.

Bekas pemain Southampton bernilai  £30 juta itu mengalami kecederaan patah kaki pada 2015 sebelum kembali dengan aksi tidak menentu.

Pada musim lalu, Mourinho pernah mengetepikan Shaw namun dia dipilih semula.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gan, Yeap Sumbang Dua Emas

Artikel Lain