suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barcelona Akui Semakin Hampir Dapatkan Coutinho

BARCELONA mengakui semakin hampir membawa pemain penting Liverpool, Philippe Coutinho ke Camp Nou.

Pengurus Besar Barcelona, Pep Segura berkata, Countinho telah menyerahkan permohonan untuk meninggalkan Anfield dan menunggu keputusan kelab berkenaan sahaja.

Barcelona mempunyai kekuatan kewangan sebanyak £250 juta untuk mendapatkan pemain baharu selepas menjual Neymar ke PSG.

Berikutan itu, kelab berkenaan dilihat tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan Countinho.

Keadaan semakin terdesak buat Barcelona selepas tewas kepada Real madrid 2-0.

Berikutan itu, pembelian panik dengan mendapatkan Ousmane Dembele daripada Borussia Dortmund telah dilakukan sebelum melengkapkan kehadiran Coutinho.

"Pemindahan Dembele dan Coutinho semakin hampir diselesaikan.

"Kami berharap mereka akan menyarung jersi Barcelona dalam sedikit masa lagi.

"Selagi semuanya belum selesai saya tidak dapat bercakap lebih daripada itu. Kami perlu membantu pasukan memperkemaskan semula kekurangan mereka," tegasnya.


Barcelona, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain