suria

Sanchez: Wenger Mungkin Ubah Fikiran

Arsene Wenger

MONACO dilaporkan akan menawarkan Thomas Lemar kepada Arsenal sebagai sebahagian daripada kontrak £45 juta untuk menggoda kelab itu melepaskan Alexis Sanchez musim panas ini.

Juara Ligue 1 itu adalah kelab terkini yang dikaitkan dengan pemain antarabangsa Chile berusia 28 tahun tersebut, yang masa depannya menjadi subjek spekulasi sepanjang musim panas kerana dia masih belum menandatangani kontrak baru menjelang Jun 2018.

Monaco sudah kehilangan Bernardo Silva dan Benjamin Mendy yang berhijrah ke Manchester City dan Tiemoue Bakayoko telah berpindah ke Chelsea, sementara Kylian Mbappe terus dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain.

Arsenal telah dikhabarkan berminat dengan Lemar dan laporan mendakwa Monaco mungkin bersetuju untuk melepaskan pemain sayap berusia 21 tahun itu berpindah ke Stadium Emirates sebagai sebahagian daripada pertukaran dengan Sanchez dalam jendela perpindahan musim ini.

Bos The Gunners Arsene Wenger pada Khamis mengulangi bahawa Sanchez tidak akan meninggalkan kelab musim panas ini dan berharap dia menghormati keputusan kelab.

Bagaimanapun, pengurus dari Perancis itu mungkin boleh membuat pusingan U jika terdapat kemungkinan untuk membawa masuk Lemar ke dalam kelabnya, sebagai sebahagian daripada perjanjian.

Thomas Lemar, Arsene Wenger

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Conte Mula Cuak!

Artikel Lain