suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Inter Berusaha Pujuk Perisic

PENGARAH Sukan Inter Milan, Piero Ausilio mendedahkan pasukan itu sedang berbincang mengenai kontrak baharu dengan sasaran utama Manchester United, Ivan Perisic.

Pemain sayap Croatia itu dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford tetapi Ausilio yakin Perisic akan kekal di Itali memandangkan pasukan tersebut berusaha untuk melanjutkan kontraknya.

"Saya tidak faham dari mana spekulasi mengenai perpindahan Perisic diperolehi.

"Kami tiada niat untuk menjual Candreva begitu juga Perisic yang juga pemain penting dan kami sedang berbincang tawaran kontrak baharu dengannya," kata Ausilio.

Perisic menjaringkan 11 gol dalam 42 penampilan bersama The Nerazzurri musim lalu.

Sebagai salah seorang tonggak utama pasukan, ketua jurulatih Luciano Spalletti begitu terdesak untuk mengekalkan Perisic bagi kempen musim depan.

Kempen musim lalu menyaksikan Inter menamatkan saingan di tempat ketujuh ketinggalan 29 mata daripada juara, Juventus.

Susulan itu, amat penting bagi Inter untuk mengekalkan Perisic dalam usaha memperkukuhkan pasukan dan digeruni lawan pada musim depan.

Ivan Perisic, Inter Milan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain